Pengenalan
Program Usahamasama UiTM di Kolej-kolej Bersekutu UiTM
Program Usahasama antara UiTM dan Kolej Bersekutu dalam menghasilkan
siswazah telah bermula sejak tahun 1996, bermula dengan hanya sebuah
kolej Bersekutu, jalinan usahasama pada masa kini telah berkembang,
meliputi pertambahan bilangan kolej, peningkatan enrolmen, serta
pengembangan bilangan program akademik terdiri daripada Pra Diploma dan
Diploma dalam bidang Sains dan Teknologi, Perniagaan dan Pengurusan
serta Sains Sosial dan Kemasyarakatan.
Kolej-Kolej Bersekutu(KKB)
Kolej-kolej Bersekutu (KKB) merupakan Institut Pengajian Tinggi Swasta
(IPTS) yang diiktiraf oleh UiTM serta mendapat kelulusan daripada
Kementerian Pengajian Tinggi untuk menjalankan program Pra Diploma dan Diploma secara usahasama dengan UiTM.
Kelebihan Program Usahasama Di Kolej-Kolej Bersekutu (KKB)
Pelajar yang tamat pengajian akan dianugerahkan Diploma dalam Istiadat Konvokesyen di UiTM
Sijil Tamat Kursus (Diploma) akan dikeluarkan oleh UiTM induk
Lalauan terus ke Ijazah sarjana muda ke UiTM induk selepas tamat diploma di kolej-kolej bersekutu.
Silibus pengajaran dan sistem peperiksaan yang dijalankan di KKB sama seperti di UiTM
Bagi menjaga kualiti KKB, pihak UiTM mengadakan pemantauan secara berterusan dan Audit Kualiti secara tahunan
Pelajar boleh memohon pembiayaan pinjaman PTPTN dan MARA
No comments:
Post a Comment